Saturday 14 July 2012



Ikan Pekasam


Quote:
Fadhilat Puasa

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.




[note: Ikan pekasam ini adalah kiriman dari kacip_fatimah ahli forum cari.com.my yg diposkan pada kak liza..dia mendapat dari adik sedaranya di Perlis..]


IKAN PEKASAM

Bahan-bahannya:

ikan talapia/sepat/puyu/haruan/keli [yg sedang2 tu]
1 cawan beras [gorengkan tanpa minyak dan mesinkan kasar]
2 s/b garam halus
1 cawan asam jawa

Caranya:
1. Bersihkan ikan dan toskan sehingga betul kering.
2. Gaulkan beras, garam, beras dan asam jawa dengan 1/2 cawan air.
3. Di dalam bekas [sebaiknya pasu], susun ikan selang seli antara garam campur asam.
4. Masukkan juga ramuan tu dalam perut ikan.
5. Tutupkan dengan kemas bekas ikan dan letakkan didapurs elama 2 atau 3 hari..
6. Bila dah nampak menjadi [berair] baru simpan dalam petisejuk.

Cara masak
1. JANGAN BASUH ikan pekasam.Panaskan minyak dan gorengkan terus ikan pekasamdengan api  perlahan sehinggan masak dan garing.
2. Bila dah masak angkat dan masukkan dalam pinggan.
3. Lebihan minyak boleh goreng bawang dan cili hiris [ciliapi atau cili merah]
4. Tuangkan bawang dan cili goreng atas ikan. Perahkan jus limau [jika suka]
5. Sedia untuk hidangkan.



No comments:

Post a Comment